Teks ucapan Pemangku Ketua Wanita Negeri Pulau Pinang Hartini Tan

HartiniTan 20150920 Wanita SDC BMPersidangan Perwakilan Tahunan Wanita Parti Gerakan Rakyat Malaysia Negeri Pulau Pinang 2015

Teks ucapan Pemangku Ketua Wanita Negeri Pulau Pinang Hartini Tan

Saya bagi pihak Wanita Gerakan Negeri Pulau Pinang mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara Teng Chang Yeow, Pengerusi Perhubungan Negeri Parti Gerakan kerana sudi bersama dengan kita pada petang ini untuk merasmikan Persidangan Perwakilan Negeri Wanita Gerakan Pulau Pinang bagi Tahun 2015. Terima kasih juga diucapkan kepada semua dif-dif jemputan ,para perwakilan, saudara dan saudari serta sahabat kita dari pihak media yang dapat meluangkan masa bersama kita pada petang ini.

Saudara dan Saudari

Senario politik negara pada tahun ini semakin meruncingkan dan penuh dengan cabaran. Baik dari segi politik, ekonomi, mahupun kebudayaan dan perpaduan negara. Kesemua sedang mengalami perubahan besar dan menuju kearah yang semakin tidak sihat. Sekiranya keadaan ini tidak dibendung, maka ada kemungkinan besar keamanan dan kemakmuran yang kita kecapi selama ini akan hancur begitu sahaja.

Negara kita telah menyambut kemerdekaan yang ke 58, kita tanya sesama sendiri, sejauh mana kita kenal dan memahami antara kita dengan kaum lain. Adakah hubungan kaum antara kita bertambah kukuh atau sebaliknya?

Peristiwa Plaza Low Yat pada Julai lalu membawa satu mesej yang membimbangkan iaitu asas keharmonian kaum dalam negara adalah begitu rapuh. Manakala kes bantahan di Gereja Taman Medan, Petaling Jaya pula menonjolkan kurang toleransi beragama. Dan kelakuan segelintir peserta Bersih 4.0 yang tidak peka terhadap pantang larang dan perkara-perkara sensitif kaum, turut menyebabkan timbulnya kemarahan dan akhirnya dimanupulasikan menjadi isu perkauman. Keadaan ini bertambah buruk kerana Media Sosial disalahgunakan dan dipovokasi oleh pihak yang tidak bertanggung jawab dan beragenda. Kesalnya kebanyakan generasi hari ini terima bulat-bulat apa sahaja yang tertera dalam Media Sosial dan perkongsian maklumat tanpa mentafsir mana yang betul dan mana yang palsu dalamnya. Oleh itu wanita Gerakan Pulau Pinang menyeru pihak berkuasa terutamanya pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia mempertingkatkan langkah-langkah perlaksanaan untuk menangani berita palsu atau berunsur perkauman yang disebar di media sosial dan laman internet yang menghasut kebencian perkauman selaras dengan peruntukan undang-undang yang sedia ada seperti Ahta Hasutan 1948 dan Akta MCMC 1998.

Saudara dan saudari

Perhimpunan Bersih 4.0 dan Himpunan “Baju Merah” telah berlalu dalam ramai sibuk mengatakan perjalanan himpunan bekenaan, termasuk kritikan dan pengisiannya. Himpunan Bersih cuba membawa mesej bahawa mahukan perubahan dan Himpunan ‘Baju Merah” tercetus peringatan kita pentingnya keharmonian kaum dan keamanan negara. Namun begitu, kehangatan himpunan sering dieksploitasikan oleh sesetengah ahli politik sebagai alat mengaut kepentingan politik untuk diri sendiri. Kita mahu masalah rakyat dan negara diberi perhatian dan diselesaikan tetapi mesti ikut proses yang betul supaya bukan sekadar menjadi mainan politik. Kita menghormati hak-hak individu untuk berhimpun yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan, tetapi kita menolak sebarang perhimpunan awam di tempat terbuka yang boleh mengancam ketenteraman dan keselamatan masyarakat dan negara.

Saudara dan saudari

Kegeloraan politik negara bukan sahaja mecetuskan konflik di antara kedua-dua pihak kerajaan dan pembangkang, malah bagai satu hentaman teruk terhadap keadaan ekonomi negara. Sebagai sebuah negara ekonomi yang terbuka, Malaysia tidak boleh elak daripada ketidaktentuan ekonomi global sehingga memberi kesan kepada kejatuhan nilai mata wang ringgit, kenaikkan harga barang utama dan inflasi.

Jesteru itu saya menyeru pihak pembangkang supaya hentikan taktik-taktik seperti menghasut lawan, mengelirukan orang awam atau motif politik yang semata-mata ingin merebut kuasa. Biarlah main peranan pembangkang dengan punuh semangat demokrasi tulin.Bagi pihak kerajaan mesti menonjolkan pertadbiran yang lebih telus dan lebih bertangungjawab terhadap rakyat. Dan kita lega pada 14 Septemper beberapa langkah Pro aktif ekonomi telah diumumkan oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan.

Selain tangungjawab kerajaan dan pembangkang, peranan kita sendiri juga amat penting, Bagi kita rakyat yang sedang berhidupan harian di dalam negara, kita tetap masih belanjakan wang ringgit dalam setiap pengurusan niaga dan beli dalam keadaan sedikit inflasi. Saya agak memahami tekanan hidup yang dihadapi terutama bagi golongan muda yang berpendapatan sederhana. Maka ubah cara hidup dan taraf hidup buat sementara juga satu cara untuk mangatasinya.

Saudara saudari,

Isu tahap pemusnahan ekologi Pulau Pinang semakin cemas. Air sungai mengalir dalam pelbagai warna , ada warna hitam, warna susu malah warna biru sehingga menyebabkan banyak kes kematian pelbagai hidupan marin baru-baru ini. Keadaan menandakan pencemaran sungai di negeri ini adalah dalam tahap sirius.

Bukit pula telah digondol dan dibotakkan sana sini sehingga kawasan sering dilandai banjir kilat, malah kita mengesan sebuah air terjun “teh tarik” setelah hujan lebat tempoh hari. Penduduk tinggal bersebelahan dan bawah bukit hidup dalam ketakutan kerana bimbang insiden tanah runtuh akan berlaku pada bila-bila masa.

Tanggungjawab Majlis Bandaran terhadap kebersihan kawasan juga tidak tercapai tahap yang memuaskan. Sejak awal tahun hingga bulan Ogos, sebanyak 3453 kes denggi tercatat dan dilaporkan, peningkatan sebanyak 179.3%. Kes kematian meningkat kepada 8 orang. Insiden paling buruk ialah di kawasan perkampungan Valdor, Seberang Perai Selatan. Beginikah slogan kerajaan Pulau Pinang, “Pulau Pinang Bersih, Hijau, Sihat dan Selamat”?

Taman Botani Singapura telah dinobatkan Warisan Unesco pada 4 julai 2015, bagaimana dengan Taman Botani kita? Sedangkan kita masih menghadapi masalah asas tentang kebersihan .

Selain itu, kerajaan negeri berkeras pembinaan terowong dasar laut, projek yang dijalankan dan syarat-syarat dalam pelan penambakan tanah pasti akan memberi kesan kepada kehidupan nelayan, Yang lebih bimbang akan membawa kerosakan yang tidak terhingga tentang ekologi semula jadi

Malah, pelan ini tidak menjamin menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas, malah kemungkinan akan meningkatkan lagi keadaan kesesakan lalu lintas Pulau Pinang. Orang ramai juga mempersoalkan tahap keselamatan terowong dan keupayaan kerajaan negeri terhadap pengurusan krisis terowong apabila kemalangan dan kebakaran berlaku. Malangnya suara rakyat Pulau Pinang diketepikan oleh kerajaan negeri . Kita tidak menaruh harapan untuk Pulau Pinang dibangun berlebihan sehingga menjadi hutan konkrit yang berteknologi canggih, apa yang kita perlu cuma alam sekitar yang selamat dan selesa didiami anak cucu kita.

Saudara dan saudari,

Kita maklum bahawa ramai ahli parti kini dalam situasi lemah selepas parti kita kalah teruk pada 2 penggal pilihanraya umum yang lepas. Pemimpin parti kita telah berusaha menganjurkan pelbagai program mesra, dialog dan perjumpaan bersama setiap bahagian agar dapat menyelami akar umbi dan disamping itu mengeratkan lagi silaturahim sesama ahli parti. Begitu juga seminar hal ehwal semasa telah diadakan banyak kali dalam tahun ini supaya ahli-ahli parti dapat mengikuti perkembangan terbaru dan memahami lebih mendalam tentang perjuangan dan pendirian politik parti. Kursus kepimpinan untuk pemimpin dan bakal pemimpin juga dipergiatkan lagi. Oleh itu saya amat harapkan pada saudara dan saudari, ambillah bahagian dan libatkan diri pada setiap program yang parti anjurkan. Saudara dan saudari, yakinlah pada perjuangan ideologo dan prinsip parti kita. Sama-sama kita mengembleng tenaga supaya parti kita dapat mengharungi segala cabaran dan dugaan yang dihadapi waktu ini. SATU HATI!

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s