Tambakan laut Bayan Bay telah dimulakan secara senyap-senyap

OhTongKeong 20151223 Penang Reclamation Project Bayan Bay PC BMPULAU PINANG – Menurut papan notis di tapak kerja projek tambakan laut Bayan Bay, kerja tanah telah diluluskan pada 15/05/2015 (kelulusan projek telah diperolehi pada tahun 2013 tanpa sebarang pengumuman terbuka). Akan tetapi, kerajaan negeri Pulau Pinang mengumumkan projek tersebut sebagai projek baru pada 06/11/2015. Adakah ini bermaksud bahawa kerja tersebut telah dijalankan secara senyap-senyap sebelum pengumuman rasmi?

Parti Gerakan telah beberapa kali mendedahkan bahawa projek tambakan laut Bayan Bay sudah diluluskan sejak tahun 2013.

Di sini, saya ingin tujukan 3 soalan kepada pihak kerajan Pulau Pinang.

(1) Mengapa kerajaan Pulau Pinang menjalankan kerja tambakan laut secara senyap-senyap? Mengapa orangramai tidak dimaklumkan sebelum kelulusan projek?

(2) Adakah pemaju ini menikmati hak keistimewaan yang tertentu?

(3) Mengapa Ketua Menteri berbohong bagi pihak pemaju?

Saya merupakan orang yang ketiga mengemukakan soalan-soalan ini. Saya berharap agar Ketua Menteri memandang serius tentang isu ini dan jangan elak daripada menjawab soalan-soalan yang ditujukan.

Saya menerima aduan daripada penduduk-penduduk di sini sejak hari Sabtu yang lalu. Mereka mengatakan bahawa mereka tidak tahu tentang kewujudan projek ini. Mereka juga tidak terima sebarang surat atau diminta hadir ke sebarang sesi dialog. Mereka berpendapat mungkin tiada perundingan awam bagi projek ini. Sebenarnya penduduk di sini bantah projek tambakan laut tersebut.

Terdapat penduduk yang tanya saya bahawa bukankah projek ini telah dibatalkan sebelum PRU ke-13? Mereka masih ingat bahawa pada masa itu, Ketua Menteri yang mengumumkan pembatalan projek tersebut. Mengapa pula dihidupkan semula selepas pilihanraya? Yang paling serius ialah projek ini diluluskan secara senyap-senyap!

Penduduk di sana merasakan mereka telah tertipu. Mereka mempersoalkan samada pembatalan projek tersebut sebelum PRU ke-13 semata-mata bertujuan untuk meraih undi sebelum pilihanraya?

Parti Gerakan Pulau Pinang dan Barisan Nasional Pulau Pinang tidak akan berputus asa. Kami akan terus menyiasat dan membongkar skandal-skandal yang mungkin terdapat dalam projek ini.

Saya tidak faham mengapa kerajaan negeri tidak berani memberi peluang kepada rakyat Pulau Pinang untuk meneliti perjanjian projek tersebut.