Perkhidmatan Gerakan P.Pinang Kemaskini & Pohon BR1M 2016 tamat pada 28 Dec.2015

20151227 BR1M BMPULAU PINANG – Parti Gerakan Rakyat Malaysia Negeri Pulau Pinang membuat pengumuman bahawa perkhidmatan membantu rakyat mengemaskini dan memohon BR1M sumbangan kerajaan pusat akan berakhir pada 5 petang, 28/12/2015 (Isnin) buat tahun ini. Perkhidmatan tersebut mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan daripada orang ramai sejak bermulanya permohonan BR1M 2016 pada 05/12/2015.

Parti Gerakan Pulau Pinang memerlukan masa untuk mengumpul serta mengemaskini borang-borang permohonan sebelum diserah kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri selewat-lewatnya pada 31/12/2015. Orang ramai yang ingin menerima perkhidmatan tersebut selepas 28/12/2015 boleh tampil ke pejabat LHDN yang berdekatan.

Parti Gerakan Pulau Pinang menyeru mereka yang berkelayakan memohon BR1M mengunjungi pejabat negeri parti tersebut pada 28/12/2015 dari 10 pagi hingga 5 petang.

Parti Gerakan Rakyat Malaysia sedia membantu sesiapa saja yang layak tanpa mengira agama, kaum dan latar belakang politik mereka.